Foto saya
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Shaipuddin b Muhammad.Bertugas di SMK Kubang Bemban Pasir Mas Kelantan. Telah mengajar sebagai guru muzik dari Jan 1994 hingga sekarang. Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan Kepujian (UPSI) dan sekarang sedang belajar diperingkat Sarjana Pendidikan Muzik di UPSI.Saya juga menyediakan perkhidmatan mengubah lagu-lagu sekolah, lagu nasyid, koir, gamelan dan juga yang berkaitan dengan muzik. Sebarang pertanyaan hubungi saya di 019-9369916.

Jumaat, 5 September 2008

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2008



Pasukan Gamelan SMKKB sedang memainkan lagu timang burung sambil mengiringi tarian yang dijayakan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Kelantan pada 21.5.2008.

Tiada ulasan:

Gamelan sempena Keputeraan Al Sultan Kelantan

Gamelan sempena Keputeraan Al Sultan Kelantan

Persembahan di Jajahan Tumpat semopena Keputeraan Al Sultan

Persembahan di Jajahan Tumpat semopena Keputeraan Al Sultan

Tentang Gamelan SMK Kubang Bemban

Pasukan ini terdiri daripada 10 orang pelajar. Kesemua mereka bermula dari tingkatan 1 lagi iaitu tahun 2004. Mereka diketuai oleh seorang pelajar perempuan..Laili..saron dan dianggotai oleh Eee pemain gong, Bashir..gambang, Madi & Lan..gendang, Saphia..saron, Suhaila & Hidayah..Peking dan tini..kenong. Mereka ini telah mengadakan persembahan dimerata tempat khususnya di Kelantan. Disiplin mereka begitu bagus & baik sekali sehinggakan mereka berjaya memperolehi 7A & 8A dlm PMR 2006. Mereka bermain gamelan ini sehingga awal 2008. Namun sekarang pasukan ini telah diubah suai dengan membuat gabungjalin diantara muzik-muzik lain seperti caklempung, angklung dan kompang. Persembahan pertama mereka telah dilancarkan melalui Web TV secara online pada pertengahan ogos 2008. Semoga pasukan ini akan terus maju disamping mengekalkan kecemerlangan akademik bersesuaian dengan sekolan kawalan dan Sekolah Angkat Menteri Pelajaran Malaysia.